artikel

Kelebihan Habbatus Sauda

Kajian menunjukkan, ramai tak tahu yang membuatkan habbatus sauda bagus ialah komponen Thymoquinone(TQ). Nak beli kena tengok dulu berapa banyak TQ ni ada. Baca ingredient. Tanya pada penjual ada ke tidak TQ ni.

Kalau tak ada atau kurang dari 30mg atau sekurang kurangnya 3% carilah yang lain. Kalau tidak kita tak dapat impak sihat yang kita nak tu.

Cara cold press tidak semestinya dapat preserved TQ ni. Bukan juga simply jadi minyak maka TQ ni ada dan tinggi. Jadi kena semak.

Selain TQ dalam habbatus sauda juga ada dithymoquinone, thymo hydroquinone (THQ), Omega fatty acids dan thymol. Ada tak tertulis benda ni. Kena tanya.

Thymoquinone ni adalah powerful antioxidant, bersifat anti kancer, antibacterial, antimutagenic dan anti-inflammatory.

Banyak sangat kajian pasal Habbatus Sauda ni. Masa saya semak dulu tahun 2012 ada lebih 300 research paper pasal Habbatus sauda. Bila semak tahun 2018 ada hampir 700 research paper pasal Habbatus sauda ni.

Apa research sebut pasal Habbatus Sauda lagi?

1. Orang yang ambil 2000mg-3000mg sehari lebih cepat kurus berbanding mereka yang tidak ambil.

2. Bersifat anti jangkitan. Jadi Habbatus Sauda dapat cegah benda benda yang berjangkit. Kajian sebut efektif lawan Gram-negative, Gram-positive bacteria, viruses, parasites, Schistosoma dan fungi.

3. Bantu suburkan orang lelaki. Dengan kuatkan pergerakan sperma dan tingkatkan jumlahnya.

4. Bantu sihatkan jantung. TQ turunkan bad cholesterol (LDL), total cholesterol dan blood pressure, stabilkan tekanan darah systolic dan tekanan darah diastolic

5. Kajian juga dapati TQ ni berkesan dalam rawatan arthritis, fibromyalgia, IBS, colitis, peritonitis, alergik dan asthma.

6. Kalau nak hilang kedut kena ambil HS yang ada TQ. Kajian sebut TQ hilangkan kedut pada wajah dengan lembabkan kulit jauh ke dalam. Juga, jadikan kulit lebih fleksibel dan glowing.

7. Kajian lain pula dapati TQ dalam HS dapat rawat acne, eczema, kulit kering dan psoriasis.

8. Antara lain TQ juga bantu keluarkan sisa dan toksin dengan cara melalui urin.

9. TQ juga bantu kurang perut berangin dan bantu keluarkan angin dari perut.

10. Journal of Endocrinology & Metabolism sebut bagus untuk diabetis. TQ baiki turunkan gula dalam darah tanpa kesan sampingan.

11. TQ dalam HS juga berkesan lawan sel kanser pada pesakit kanser colon, pankreas, dan prostate.

Poin di sini mudah. Habbatus Sauda ni bagus. Benar kata Rasullullah (baca selawat). Cuma kita perlukan apa yang kita beli itu ada bahan-bahan yang beri impak bagus pada kita. Dibuat secara teliti untuk jamin kebaikan dari Habbatus Sauda tidak hilang.

Boleh begitu?
.
#DrRizal  
Sumber: DrRizal Abu Bakar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.