artikel, bayi, tips

Tips BAYI Senang Tidur

Masih ada bayi kecil? Sekiranya anda melahirkan anak yang pertama, tentu anda agak panik menghadapi masalah ini. Bagi yang sudah anak ke-2 dan ke-3 dan seterusnya.. pengalaman yang lepas tu sangat-sangat membantu anda mengatasi masalah ini. Setiap anak, ragamnya tak sama, ada yang senang tidur dan ada pula yang susah nak tidur. The Queen nak kongsikan beberapa tips untuk bayi senang tidur atau supaya tak meragam ketika waktu mereka ‘sangat-sangat’ mengatuk. Ok jom ;-

Periksa lampin

Lampin bayi yang kering membuatkan si comel selesa. Lampin basah membuatkan kulit si comel gatal dan ini membuatkan si comel meragam. Jadi, sekiranya lampin bayi sudah penuh, tukar ye 👩‍🍼

Periksa baju

Baju si comel hendaklah sentiasa bersih, terutama sekali ketika mereka hendak tidur. Periksa di baju si comel samaada ada sebarang serangga terutamanya semut. Semut sangat suka pada manisan, selepas si comel makan pastikan mulut si comel di basuh dahulu. Kealpaan kita membuatkan mulut sicomel atau mata si comel bengkak dek kerana mulut si comel masih ada sisa makanan atau air manis akibat digigit sang semut.

Periksa tempat tidur

Kebas tempat tidur si comel. Bacalah doa ketika mengebas tempat tidur si comel. Setiap kali kebas dengan menggunakan kain @ selimut, bacalah :

Ulang  sebanyak 3 kali.

Nota:

Kita tidak tahu, mungkin ada makhluk halus yang sedang duduk @ lepak di tempat tidur si comel. Jadi.. Baca doa itu, in sha Allah si comel selamat daripada segala ancaman bahaya samaada makhluk halus mahupun serangga-serangga.

Baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas)

Sebaik sahaja si comel dibaringkan, kita bacakan surah-surah ini pada telapak tangan kita. Selepas baca, buat isyarat ludah @ tiup pada ke dua telapak tangan kita kemudian sapu pada seluruh badan si comel. Ulang 3 kali. Minimum sekali. In sha Allah segala ancaman makhluk halus ataupun kasar dapat dihindarkan. Dah baca, dah sapu. YAKIN. Allah pasti jaga si comel 😍🤲

Guna Minyak Bayi

Kadang-kadang kita tak tahu apa punca bayi masih meragam. Dah tukar lampin, dah mandi, dah minum susu.. tapi masih juga menangis tak henti-henti. Ok, guna Minyak Bayi ni, in sha Allah dapat membantu. Antaranya:

  • Bantu keluhan, ruam dan gatal
  • Kudis dan luka, radang dan alahan
  • Lembutkan otot, sihatkan urat keras dan masuk angin
  • Lenakan tidur, cerahkan kulit, sembelit dan kembung perut

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.