bisnes, networking, tips

Bina networking yang lebih kukuh untuk bisnes urut yang everlasting.

Networking atau istilah yang kita senang faham… SILATURAHIM adalah antara kunci sesuatu bisnes itu cepat berkembang. Semakin besar networking yang telah dibina, semakin besar income bisnes itu dan semakin kukuhla bisnes itu, in sha Allah. Sebagai contoh, facebook, tik-tok, instagram, whatsapp, telegram dan banyak lagi syarikat gergasi.. mereka ni semua telah bina billion networking di seluruh dunia. Jadi, tak hairanlah pendapatan mereka billion per day!

Ok, kita dah ada dapat new customer urut , sekarang kita perlu jaga networking dengan customer kita. Hari ke hari, setiap kali perjumpaan sesi rawatan, bagi servis yang terbaik untuk customer kita… Servis yang tip top akan membuatkan customer kita akan ingat kita sampai bila-bila. Servis yang tip top akan membina networking yang bagus antara customer dengan bisnes kita. Bad servis, akan merosakkan networking yang telah dibina walaupun hanya sekali jumpa. Jadi, sangat penting untuk kita jaga servis yang berkualiti dengan customer kita supaya networking itu bertambah kukuh.

 


Apa cara nak bina networking?

Berkawan.. bukan sekadar bisnes yang hanya ada jual beli sahaja. Sebaliknya, perbaharui niat untuk kita bantu customer selesaikan masalah yang dibawa oleh customer semata-mata kerana Allah s.w.t. Contoh masalah yang dibawa oleh customer:

Masalah:

  1. Sakit Belakang
  2. Sakit Belikat
  3. Lenguh-lenguh badan
  4. Tak bermaya
  5. Asyik mengantuk ditempat kerja
  6. Keputihan
  7. Belum hamil
  8. Kepala
  9. Bisa-bisa badan
  10. Angin dalam badan
  11. Sebu
  12. Tak bernafsu dengan pasangan
  13. Haid tak teratur dan lain-lain lagi

Kita doa minta Allah sembuhkan masalah-masalah mereka. Kita tiada daya dan upaya untuk sembuhkan mereka. Kita guna ilmu yang Allah beri pada kita untuk bantu selesaikan masalah mereka. In sha Allah dengan kaedah yang betul, segala masalah customer itu dapat diselesaikan dengan mudah.

*

Nak kami bantu anda untuk belajar teknik-teknik merawat masalah diatas? Segala teknik-teknik untuk bantu masalah cutomer ini ada diajar dalam kursus yang akan diajar oleh Cikgu Dayang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.